SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Kruit terletak di persimpangan jalan menuju ke Felda Sg Klah. Letaknya lebih kurang 2 kilometer dari pekan Sungkai. Pada peringkat awal, kawasan ini merupakan kawasan pertanian. Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik tepi jalan raya utama yang menghubungkan pekan Sungkai dengan Tg Malim.
Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 1993 di atas tapak seluas 15 ekar dan telah selesai sepenuhnya pada tahun 1995 dengan kos pembinaannya dianggarkan sekitar RM4.4 juta.
Sekola ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke-17 di daerah Batang Padang pada 4 Disember 1995 apabila Tuan Haji Md.Sohut dilantik sebagai pengetua yang pertama. Di antara staf akademik yang awal melaporkan diri ke sekolah ini ialah Puan Rohaini Subari dan Encik Idris Johari.
Kemasukan pelajar buat kali pertama ke sekolah ini ialah pada 4 Disember 1995 iaitu seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari ‘’feeder scholl’’. Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah seramai 674 orang.
SENARAI NAMA PENGETUA YANG BERKHIDMAT DI SMK SUNGAI KRUIT
NAMA | MULA | TAMAT |
TUAN HAJI MD.SOHUT | 1995 | 1997 |
EN. KAMARUN BIN KILAU | 1997 | 2000 |
PN.HJH NORMA BINTI ABD KADIR | 2000 | 2007 |
EN. MIOR AHMAD BIN RI | 2007 | 2008 |
PN. HJH ROHANI BT ABD HAMID | 2008 | 2009 |
PN. NATASYA CHEW BT ABDULLAH | 2009 | - |
MISI
Mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM
Mengalakkan penglibatan 100% pelajar dalam kokurikulum
Mendidik pelajar supaya berdisiplin berhemah tinggi dan berwawasan
Mengekalkan pengurusan yang cekap , tepat, dan kepimpinan yang baik serta dapat diteladani
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memberangsangkan
Visi
Memacu kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan menjelang 2015
Piagam sekolah
Kami warga smk sg kruit sentiasa mengutamakan kepentingan serta komitmen terhadap profesion perguruan, kepentingan pelajar serta pihak-pihak lain yang berurusan dengan pihak sekolah. Maka kami akan:
Sentiasa m,eningkatan kualiti khidmat kerja dan tahap profesionalisme seiring dengan kehendak pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan perak dengan cekap cepat dan tepat.
Sentiasa komited dan berdaya usaha demi meninggikan tahap keilmuan serta kepakaran bagi memastikan proses pegajaran dan pembelajaran terancang, berkualiti dan pelajar mendapat pendidikan sebaik mungkin.
Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme perguruan dan kerjasama antara rakan sejawat dalam apa jua bidang demi memastikan Falsafah Pendidikan Negara tercapai.
Sentiasa berhubung rapat dan bertoleransi dengan ibu bapa dalam urusan persekolahan agar dapat merealisasikan Wawasan Pendidikan.
COGAN KATA SEKOLAH
Berilmu untuk berbakti