I LOVE KRUIT . I LOVE KRUIT . I LOVE KRUIT

Wednesday 10 August 2011

FUNNY^^

KISAH 1 : JAM BUDAK PUNK

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.


KISAH 2 : KALAU ABANG MENINGGAL / KALAU AYANG MENINGGAL

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

KISAH 3 :HANTU BUKIT PUTUS

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… .. 
  
CREDIT by : http://kahkahkah.mnazman.com/




^^berilmu untuk beramal^^

Monday 18 July 2011

Sejarah SMK Sungai Kruit

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Kruit terletak di persimpangan jalan menuju ke Felda Sg Klah. Letaknya lebih kurang 2 kilometer dari pekan Sungkai. Pada peringkat awal, kawasan ini merupakan kawasan pertanian. Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik tepi jalan raya utama yang menghubungkan pekan Sungkai  dengan Tg Malim.
Projek pembinaannya telah dijalankan pada tahun 1993 di atas tapak seluas 15 ekar dan telah selesai sepenuhnya pada tahun 1995 dengan kos pembinaannya dianggarkan sekitar RM4.4 juta.
Sekola ini mula beroperasi sebagai sekolah yang ke-17 di daerah Batang Padang pada 4 Disember 1995 apabila Tuan Haji Md.Sohut dilantik sebagai pengetua yang pertama. Di antara staf akademik yang awal melaporkan diri ke sekolah ini ialah Puan Rohaini Subari dan Encik Idris Johari.
Kemasukan pelajar buat kali pertama ke sekolah ini ialah pada 4 Disember  1995 iaitu seramai 425 orang yang dipilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai dan juga dari ‘’feeder scholl’’. Jumlah keseluruhan pelajar yang memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut ialah seramai 674 orang.

SENARAI NAMA PENGETUA YANG BERKHIDMAT DI SMK SUNGAI KRUIT

NAMA
MULA
TAMAT
TUAN HAJI MD.SOHUT
1995
1997
EN. KAMARUN BIN KILAU
1997
2000
PN.HJH NORMA BINTI ABD KADIR
2000
2007
EN. MIOR AHMAD BIN RI
2007
2008
PN. HJH ROHANI BT ABD HAMID
2008
2009
PN. NATASYA CHEW BT ABDULLAH
2009
-


MISI

Mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan  PMR dan SPM
Mengalakkan penglibatan 100% pelajar dalam kokurikulum
Mendidik pelajar supaya berdisiplin berhemah tinggi dan berwawasan
Mengekalkan pengurusan yang cekap , tepat, dan kepimpinan yang baik serta dapat diteladani
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi menjamin suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memberangsangkan

Visi

Memacu kecemerlangan pendidikan dan kepimpinan menjelang 2015


Piagam sekolah

Kami warga smk sg kruit sentiasa mengutamakan kepentingan serta komitmen terhadap profesion perguruan, kepentingan pelajar serta pihak-pihak lain yang berurusan dengan pihak sekolah. Maka kami akan:
Sentiasa  m,eningkatan kualiti khidmat kerja dan tahap profesionalisme seiring dengan kehendak pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan perak dengan cekap cepat dan tepat.
Sentiasa komited dan berdaya usaha demi meninggikan tahap keilmuan serta kepakaran bagi memastikan proses pegajaran dan  pembelajaran terancang, berkualiti dan pelajar mendapat pendidikan sebaik mungkin.
Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme perguruan dan kerjasama antara rakan sejawat dalam apa jua bidang demi memastikan Falsafah Pendidikan Negara tercapai.
Sentiasa berhubung rapat dan bertoleransi dengan ibu bapa dalam urusan persekolahan agar dapat merealisasikan Wawasan Pendidikan.

COGAN KATA SEKOLAH

Berilmu untuk berbakti


^^berilmu untuk beramal^^

Panorama SMKSK

Panoramanya yang indah membuatkan setiap pelajar di SMK Sg Kruit berasa selesa ketika mendalami ilmu. Walaupun sekolah ini terletak berhampiran jalan raya, namun tidak terusik dengan gangguan tersebut. Sekolah ini juga mempunyai padang yang luas memudahkan pelajarnya menjalankan aktiviti kokurikulum.




suasana redup kawasan padang yang menjadi tempat berteduh buat para pelajar ketika hari panas

suasana senja yang mendamaikan

trek balapan menjadi tempat beradu tenaga para pelajar


^^berilmu untuk beramal^^

Pencapaian Kurikulum Dan kokurikulum SMKSK

Kejayaan para pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum berjalan seiring dengan visi dan misi sekolah.
Dalam bidang kurikulum, kejayaan pelajar dalam peperiksaan awam amat membanggakan warga sekolah. Kejayaan dalam bidang kokurikulum juga telah berjaya menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali ramai...




    Kejayaan pelajar dalam bidang kurikulum dihargai dengan menganugerahkan penghargaan.












Guru SMKSK juga turut melibatkan diri dalam aktiviti sukan

^^berilmu untuk beramal^^

Kemudahan SMKSK

Selain panoramanya yang indah, SMKSK juga mempunyai kemudahan yang lengkap untuk para pelajarnya.
Dengan kemudahan ini, pelajar SMKSK terutamanya kami amat berbangga menjadi murid di sekolah ini.



 Pondak rehat yang disediakan untuk kemudahan para pelajar.













            Makmal Matematik







                 



Bengkel Kemahiran Hidup



Bilik Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
^^berilmu untuk beramal^^